MAKLUMAT
ASAS SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan LKTP Chuping,
Perlis terletak di dalam perkampungan FELDA Chuping yang terkenal dengan
pengeluaran gula. Bangunan sementara
sekolah ini siap dibina dan beroperasi pada 6 Disember 1978 di mana
seramai 8 orang guru perintis diamanahkan untuk mendidik para pelajar yang
tinggal di perkampungan FELDA Chuping . Pada peringkat awalnya, bangunan sekolah ini
hanyalah didirikan menerusi gotong-royong dan menumpang di tiga buah rumah
pemandu FELDA. Bilangan pelajar pada masa awal penubuhan sekolah ini adalah
seperti berikut :
Darjah 1 : 58 orang
Darjah 2 : 34 orang
Darjah 3 : 36 orang
Rumah pemandu
FELDA yang pernah dijadikan
bilik darjah.
Pada 30 Oktober 1979,
semua pelajar dan guru telah berpindah ke bangunan sendiri yang siap dibina di
atas sebidang tanah yang telah dikhususkan untuk membangunkan Sekolah
Kebangsaan LKTP Chuping. Pertambahan bilangan pelajar telah menyebabkan
bangunan dua tingkat dibangunkan untuk memenuhi keperluan pelajar untuk belajar
di sekolah ini. Selain daripada bangunan
dua tingkat yang dibangunkan, penduduk FELDA Chuping telah mengadakan
gotong-royong dengan bantuan daripada
FELDA untuk membina dan membangunkan bangunan yang terdiri daripada tambahan
empat bilik darjah lagi.
Sekolah ini dinamakan
Sekolah Kebangsaan LKTP Chuping bersempena dengan terletaknya sekolah ini di
dalam kawasan perkampungan FELDA Chuping. LKTP merupakan singkatan daripada
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan iaitu terjemahan daripada FELDA itu sendiri.
Sekolah Kebangsaan LKTP Chuping terletak kira-kira 30
kilometer daripada bandar Kangar dan merupakan sekolah di bawah pentadbiran
Jabatan Pendidikan Perlis. Antara Guru Besar yang pernah mentadbir sekolah ini
ialah :
1. Tuan
Syed Ghazali bin Syed Mohamad (1979
– 1988)
2. En.
Azizan bin Chin (1988
– 1995)
3. En.
Yahya bin Daud (1995
– 1997)
4. En.
Ghazali bin Puteh (1997
– 1999)
5. En.
Ramli bin Abdullah (1999
– 2000)
6. En.
Abdul Aziz bin Mat Ali (2000 –
2001)
7. En.
Yahaya bin Hashim (Memangku) (2001
– 2002)
8. En.
Rahalin bin Abdul Rahman (2002
– 2010)
9. En.
Sazali bin Abdullah (2010
– 2012)
10. Pn.
Hazirah bt Hashim (Memangku) (2012
– 2012)
11. En.
Azizan bin Othman (2012
– 16 Sept 2015)
12. En.
Mohamad Nasir bin Rejab (Memangku) (17
Sept 2015 – 15 Dis 15)
13. Pn. Azura binti Ariffin (16 Dis 2015 – 2019)
14. En.Jamaludin bin Jusoh ( 2020 - )
14. En.Jamaludin bin Jusoh ( 2020 - )